Selasa, 26 Oktober 2010

Gerak Gempur ICT SK Lui Selatan

Pada 29 september 2010, Program Gerak Gempur ICT  Fasilitator Schoolnet Jempol dan Jelebu telah di adakan di Sekolah Kebangsaan Lui Selatan. Gerak Gempur ICT ialah program yang dirancang atas dasar pemuafakatan semua Fasilitator Schoolnet yang bertugas di 32 buah sekolah dalam daerah Jempol dan Jelebu. Fasilitator Schoolnet mempunyai pelbagai kemahiran ICT yang sepatutnya disebarluaskan ke sekolah lain. Oleh yang demikian, program ini ialah platform yang paling tepat untuk bergerak menyebarluaskan ilmu, idea-idea dan kemahiran ICT. Antara objektif program ini ialah mempertingkat dan memperkembang program teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), merapatkan jurang kemahiran ICT masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar, dan memperkenalkan dan menggalakkan penggunaan internet dalam urusan harian, perniagaan, pendidikan, kesihatan, pelancongan dan lain-lain. Program ini meliputi 2 slot iaitu ceramah berkaitan ICT dan pameran ICT. Gambaran program ini boleh di lihat di dalam gambar yang disediakan.

                 Pelajar beratur sebelum masuk ke dewan untuk slot ceramah

Persediaan pelajar untuk mendengar ceramah ICT
  khusyuk...pelajar menunjukan minat yang mendalam
Ceramah memperkenalkan perkakasan komputer oleh En. Jefrizain Mohd Rasid

Penceramah menunjukan komponen komputer yang penting

 Ceramah diteruskan oleh En. Mohd Zaki bin yakop dengan tajuknya Kepentingan ICT pada masa hadapan
BOOTH TM NET-Sementara itu diluar kelihatan kehadiran ibu bapa yang memeriahkan suasana program

BOOTH TM NET




 BOOTH TM NET


BOOTH PJLK (Pusat jalur lebar komuniti)- berjalan lancar

 BOOTH ABBASY TECHNOLOGY ENT- mengadakan jualan barangan komputer

Pelbagai jualan barangan komputer
Guru SK Lui selatan -EN. Mohd Noor Kamal melawat pameran yang disediakan

  Menarik, pelajar menunjukan minat terhadap penjualan barangan komputer


BOOTH DYNAMIK TECHNOLOGY SYSTEM- juga menjual barangan komputer

 BOOTH FASILITATOR- Keselamatan dan permainan ICT
      BOOTH FASILITATOR - Bersemangat untuk terus menyebarkan idea dan pengetahuan
 BOOTH FASILITATOR- KESELAMATAN DAN PERMAINAN ICT, pelajar menunjukan minat
 Pelajar berpusu-pusu ingin menyertai pertandingan
 Ceria, pelajar SKLS


 Pertandingan teka silang kata

 BOOTH MULTIMEDIA

BARISAN FASILITATOR SCHOOLNET YANG TERLIBAT

Fasilitator Schoolnet Jempol  dan Jelebu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Guru Besar , Guru Penolong kanan, Guru-Guru SKLS yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Juga tidak ketinggalan kepada para pelajar SKLS dan seluruh penduduk Felda Lui Selatan kerana sudi hadir memeriahkan program. Harapan agar program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.
















Rabu, 6 Oktober 2010

Sambutan Hari Raya Aidilfitri SKLS 2010




Pada 1 oktober 2010, Sambutan hari raya aidilfitri di sambut bagi meraikan guru-guru serta pelajar SK Lui Selatan. Acara bermula dari 8.00 pagi hingga 12 tengahari, dimulai dengan pertandingan lagu patriotik serta nyanyian lagu lagu raya oleh pelajar dan guru-guru. Sambutan pada tahun ini sangat meriah dengan kehadiran tetamu jemputan serta pelajar dan guru-guru dengan pakaian aneka warna. Semoga sambutan seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin,,,:)






















Ahad, 29 Ogos 2010

Terkini!

Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa 2010


Hari:Isnin
Tarikh:30Ogos2010
Masa:5.00 petang
Tempat: Sek.Keb. Lui Selatan(F)
Anjuran: Panitia Pendidikan Islam/j-QAF & Badan kebajikan staff SKLS




1. Melahirkan rasa kehambaan kepada Allah swt.
2. Menambahkan amalan kebaikan kepada semua murid & Guru.
3. Memperbaiki mutu bacaan dan tajwid semua murid & guru.
4. Melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan sejahtera di akhirat.
5. Merapatkan silaturrahim antara satu sama lain

Selasa, 25 Mei 2010

CERITA LUCU HARI INI

Cerita 1
Tunang Khalid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.

Khalid : Mengapa?

Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.


Khalid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak
pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.


Siti : Erkkkkkk…….. Benci ………






Cerita 2

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!





Cerita 3
Seorang posmen yang datang menghantar surat .



” Assalamualaikum ”

” Walaikumsalam ”

” Ni rumah encik Sameon ye?

” Ya saya”

” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”

” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”


Isnin, 24 Mei 2010

SAMBUTAH HARI GURU SKLS 2010


PERHIMPUNAN PAGI

UCAPAN PERUTUSAN PENGARAH PELAJARAN NEGERI
OLEH EN.MOHD HAZLIN


UCAPAN PERUTUSAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
OLEH PN. NOR JUNAINI

                                      
GURU-GURU SKLS

IKRAR GURU

UCAPAN KETUA MURID 
OLEH ADIK SUDIRMAN

**************************************************************

PERMAINAN BOLA JARING 










PERMAINAN FUTSAL













SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU GURU SKLS